ISU jemaah umrah lelaki yang berpakaian seperti
wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bukan sahaja menjadi bualan
sebilangan rakyat Malaysia sebaliknya turut mendapat perhatian pihak
pengvatkuasa negara itu.
Perkara tersebut diceritakan oleh peserta Pencetus Ummah
(PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif.
Amin ataU Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 30, berkata,
ketika dia sedang berborak bersama rakannya dalam Bahasa Arab, mereka didatangi
anggota p0lis yang turut mengetahui kisah lelaki berpakaian wanita ketika
melakukan ibadah.
Katanya, anggota pengvatkuasa itu memberi amaran agar mana-mana
individu tidak buat masalah di Tanah Suci kerana negara itu mempunyai peraturan
dan undang-undang yang diamalkan.
Posting PU Amin di Facebook miliknya.
“Tadi
ditegur oleh p0lis. Kebetulan saya berb0rak dengan kawan dalam bahasa Arab. Dia
tanya saya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hAl yang sedang kec0h
pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke?
“Saya
kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu ). Dia kata jangan buat hal kat sini, ini
tempat suci, tempat ibadah. Nanti semua orang Malaysia masalah nak buat umrah.
“Nak
buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main.
Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun
saya tak suka ini berlaku. Fuuhhh, cukup hebat kes ni, Arab pun tahu. Ya Allah
peliharalah kami semua Ya Allah,” katanya.
PU
Amin membuat pend3dahan itu dalam status di Facebook miliknya pada Isnin.
Dia
yang berpendidikan dari universiti Al Azhar Mesir turut mendedahkan, petvgas
Umrah di Makkah telah membuat lap0ran kepada pihak berkuasa Kementerian Haji
dan Umrah serta Kementerian Pelancongan Arab Saudi berhubung isu berkenaan.
Antara alasan laporan itu katanya, kejadian tersebut sebagai satu jenayah kepada pengursan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi apabila ada lelaki yang memasuki tempat solat wanita.
“Ini juga mencemarkan kesucian
masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan-rakan petugas berbicara. Risau
juga jika ada sekatan atau t!ndakan kepada jemaah umrah Mal@ysia yang akan
datang. Pelbagai perkara boleh berka!t. Semoga Allah memudahkan semua urusan
jemaah umrah kali ini,” tulisnya lagi.
Sebelum ini kecoh apabila
usahawan kosmetik dengan nama asalnya lelaki berpakaian wanita termasuk
bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
PU AMIN turut men@mbah,
sebelum ini ramai p0ndan dan maknyah melakukan umrah namun tidak timbul masalah
kerana mereka berihram serta melakukan solat dengan bersama lelaki serta
menuruti peraturan yang diberikan.
Sumber: mStar
No comments:
Post a Comment