Bahagian
Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amatlah memandang
serius mengenai penjualan produk – produk Kesihatan di Malaysia dan sentiasa
memantau produk-prodvk yang telah dijual dipasaran dengan teliti.
Untuk sentiasa memastikan keselamatan pengguna
sentiasa terpelihara, semua produk ubat-ubatan sama ada moden atau tradisiional
haruslah wajib berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum
boleh dijual kepada pengguna sepenuhnya. Sebelvm didaftarkan produk-produk ini
akan diuji dan dinilai bagi memastikan Ianya selamat, berkualiti dan berkesan.
Baru-baru,
usahawan komestik ini dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan
keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut
Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.
Pada 12/03/2020, Mahkahman Majistret Shah Alam telah mengelvarkan Waran Tangkap terhadap
usahawan kosmetik atas kontroversi, MuhammadSajjad Kamaruz Zaman atau NurSajat
kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.
Jika
disabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga
tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Melalui
sumber, malangnya NvrSajat tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan pagi
semalam,12/03/2020.
“Waran tangkap
itu telah dikeluarkan terhadap NurSajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan
bagi pendakwaan kes dimahkamah.
“Pendakwaan
dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa
Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.
Difahamkan
pihak CPF sebelum ini telah melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan
itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.
Pihak
CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu
termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat berkenaan.
Setelah
pemeriksaan itu dilakukan,pihak CPF Telah menemui produk disyaki bukan keluaran
berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.
Semakan
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu
adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik NurSajat untuk tujuan
jualan.
Berdasar
keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a)
Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
NursSajat
sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas
pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Malah
Sajatt pernah didakwa kerana memiliki 19 prodvk kecantikan tidak berdaftar
dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.
Ia
susulan tindakan KKM melakvkan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda
sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.
Sumber; Berita Harian
No comments:
Post a Comment