VIRUS KORONA BELUM BERAKHIR,KINI VIRUS H1N5 MENYERANG WILAYAH HUNAN - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, February 2, 2020

VIRUS KORONA BELUM BERAKHIR,KINI VIRUS H1N5 MENYERANG WILAYAH HUNAN

China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.
“Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah m4ti setakat ini.
“Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam,” menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada lewat Sabtu.
Virus Hunan H5N1 bermula ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.
Virus selsema burung H5N1, juga dikenali sebagai selsema burung, menyebabkan masalah pernafasan yang teruk pada burung dan ayam.
Jangkitan daripada haiwan kepada manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.
Tiada kes jangkitan ke atas manusia dilaporkan buat masa ini.

sumber ; malaysiakini

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds