JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta cuba menikam lehernya menggunakan
pemutar skru selepas merempuh seorang pelanggan yang berada di meja makan
sebuah restoran di Taman Desa Harmoni, di sini, awal pagi tadi.
Memetik laporan Sinar Harian, anggota bomba terpaksa memujuk pemandu kereta berkenaan yang berusia 40 tahun agar tidak mencederakan dirinya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu.
Memetik laporan Sinar Harian, anggota bomba terpaksa memujuk pemandu kereta berkenaan yang berusia 40 tahun agar tidak mencederakan dirinya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu.
Komander
Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sufian Mohd Lis berkata lapan anggota bersama
sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya ke lokasi
kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.57 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian,
pihaknya mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis
Nissan Almera melanggar seorang lelaki berusia 46 tahun yang berada di meja
makan sebuah restoran.
"Kemalangan itu
menyebabkan mangsa cedera patah kaki kanan.
"Pemandu kereta pula mengalami kecederaan ringan telah keluar namun dia kembali ke dalam kereta serta cuba menikam lehernya dengan pemutar skru.
"Anggota bomba di lokasi kejadian telah bertindak memujuk pemandu kereta tersebut. Pemandu itu kemudiannya menyerah diri kepada polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sufian berkata, mangsa yang cedera dikenali sebagai Lim Joo Heng dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.
"Identiti pemandu belum dikenal pasti. Operasi
ditamatkan jam 5.23 pagi tadi," katanya.
"Pemandu kereta pula mengalami kecederaan ringan telah keluar namun dia kembali ke dalam kereta serta cuba menikam lehernya dengan pemutar skru.
"Anggota bomba di lokasi kejadian telah bertindak memujuk pemandu kereta tersebut. Pemandu itu kemudiannya menyerah diri kepada polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sufian berkata, mangsa yang cedera dikenali sebagai Lim Joo Heng dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.
No comments:
Post a Comment