Lelaki 'acah' baik dah ditangkap - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Monday, January 13, 2020

Lelaki 'acah' baik dah ditangkap


PENUNTUT lelaki sebuah universiti tempatan yang dipercayai terbabit kejadian curi barang kemas ibu milik pelakon popular, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose sudah dituduh di mahkamah pada Disember lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Amihizam Abdul Syukor berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 50-an yang memaklumkan barang kemas serta mata wang asing dianggarkan berjumlah RM200,000 hilang di rumahnya di Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 22 November lalu.



“Hasil siasatan, kami menahan penuntut universiti itu di Kuala Terengganu, Terengganu pada 6 Disember lalu.


“Kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dituduh di mahkamah pada 10 Disember lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Ketika ini, kes berkenaan masih dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, portal MyMetro melaporkan keluarga pelakon dua beradik itu mengalami kerugian selepas barang kemas dan wang tunai dicuri seorang lelaki berasal dari Terengganu.
Malah, Raysha dan Nelydia memuat naik gambar lelaki berkenaan di Instagram masing-masing, hari ini.

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds