KUALA
LUMPUR , Terima Padah membuat dan menghantar komunikasi
jelik berhvbung Nabi Muhammad menerusi akaun Facebook, seorang penuntut
universiti didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen, di
sini, hari ini.
Hakim M. M. Edwin
Paramjothy menjatuhkan hukvman itu terhadap Ain Zafira Md Said, 28, selaku
Orang Kena Saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari
pertama perbicaraan kes tersebut.
Wanita itu telah didakwa
menggunakan laman profil Facebook ‘Ain Zafira Md Said’ secara sedar membvat
penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya dengan
niat menyakitkan hati orang lain pada jam 12.05 pagi, 5 September, 2019.
Pautan itu dibaca di
Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Mvltimedia, Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Jalan
Tun Razak di sini, pada jam 4.15 petang, 8 September 2019.
Ain Zafira Md Said
didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan
dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda
maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,
jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Nor
Azri Mohd Arif, yang mewakili Ain Zafira, merayu mahkamah mengenakan hukuman
berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya kesal dan telah menerma
pengajaran daripada tindakannya.
“OKS merupakan anak
kedua daripada dua adik-beradik, masih belajar dan ditanggung oleh ibunya yang
merupakan ibu tunggal.
“Dalam kes ini, OKS
sudah menyesal akan perbuatannya dan memohon maaf pada semva yang terkesan
dengan ‘posting’ beliau keluarkan. ‘Posting’ tersebut telahpun dipadam,”
katanya.
Bagaimanapvn, T1mbalan
Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman
berbentuk pengajaran kepada Ain Zafira kerana tindakan wanita itu telah
mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia.
Menurut beliau, hukuman
berbentuk pengajaran boleh menjadi contoh kepada semva rakyat Malaysia supaya
lebih sensitif dan berhati-hati ketika ingin menyvarakan pendapat di media
sosial.
“Ribuan orang dapat
melihat dan mengakses hantaran OKS tersebut,” tambahnya.
Ain Zafira membayar
denda tersebut.
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment