"SAYA NAK AWAK BERHENTI KERJA,BIAR SAYA BAYAR GAJI AWAK" – Abam Nak Isteri Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Friday, January 31, 2020

"SAYA NAK AWAK BERHENTI KERJA,BIAR SAYA BAYAR GAJI AWAK" – Abam Nak Isteri Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa


Pelakon dan pelawak, Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meningg4lkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.

“Sebaik sahaja anak saya lahir temp0h hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.

“Jadi, apa y4ng saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media teater Korupsi D3wan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafk4h lain.

“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.

“Bab nafk4h dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.
Kata Abam lagi, dia lebih suk4 jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.

Ab4m mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bul4n.

Sumber: GEMPAK

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds