ISU mengenai usahawan
terkenal, Nur Sajat ataU nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamarvzzaman yang
berpakaian seperti wanita sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Makkah ternyata
menimbulkan kemarahan rAmai.
Selain dihujani k3caman dan desakan di media sosial, ia turut
mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Mujahid Yusof.
Mujahid berkata bentuk bad@n Sajat tidak menjadi isu
sekiranya dia berpakaian mengikut fitrah jantina asalnya iaitu seorang lelaki.
“Kembalilah kepada fitrah asal
dan hormatilah agama dengan kita mengikuti ajarannya.
“Pakaian, kalau lelaki,
pakailah macam lelaki. Tidak kira dia berpakaian lelaki bentuk dia macam
wanita… itu bukan isu.
“Tapi dia kena kembali kepada
fitrahnya sebagai seorang lelaki seperti termaktub dalam kad pengenalan, DNA
dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita pada Isnin.
foto : thestaronline
Mengulas lanjut tindakan usahawan dengan 1.4 juta pengikut
Instagram itu yang berkongsi foto-fotonya di Tanah Suci, Mujahid berkata ia
tertAkluk kepada undang-undang di bawah Svruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM).
“Kita boleh tengok dari segi dia
muat naik benda itu dalam Instagram dan Facebook, di situ mungkin ada
undang-undang yang kita ambil atas sEbab menimbulkan sensitiviti dan kemarahan
orang ramai.
Sajat bersama keluarganya di Mekkah.
“Tapi
ia bukan di bawah bidang saya, sebab itu di bawah SKMM, akta SKMM dan lebih
penting saya minta juga berita-berita palsu yang timbul hasil daripada
berita-berita ini, kita pada waktu yang sama kena menjaga keselamatan dan nyawa
beliau.
“Kita
tidak mahu timbul kata dia akan dibelasa,dipukul, saya harap
konsulat kita di Saudi mengambil perhatian inilah,” ujarnya lagi.
sumber : mStar
No comments:
Post a Comment