

KEMALANGAN : Empat
sekeluarga termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan maut apabila kereta dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh ,Kuala Kangsar
berhampiran dengan Kampung Salak Stesyen pada malam tadi ketika dalam
perjalanan pulang ke rumah mereka di Kompleks Perumahan PDRM Sungai Siput
sebelum terlibat kemalangan.

Kejadian berlaku dalam
kira –kira jam 10.20 malam itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat P0lis
Daerah (IPD) iaitu Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, bersama isterinya, Nik
Iedayu Nik Hassan, 27, anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan serta
kakak iparnya, Nik Ifeka Nik Hassan, 28, telah terlibat dalam kemalangan ngeri dan disahkan mavt di tempat kejadian
tersebut.
Walaubagaimanapun ,Anak
sulung mangsa iaitu Mvhammad Fariz Iskandar berusia 3 tahun dilaporkan parah
dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Ipoh,Perak.

Makluman dari Superintendan
Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ,Ketua Polis Daerah Sungai Siput, hanya empat
mangsa disahkan maut dalam kejadian itu dan kesemua mereka merupakan pemandu
dan penumpang dalam kereta Jenis Proton Saga.
Menurutnya, siasatan
awal telah mendapati treler bermuatan
bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum
terbabas sehingga memasuki jalan bertentangan.

“Susulan daripada itu,
kereta mangsa tidak dapat mengelak lalv melanggar bahagian tepi treler sebelum
dihempap dengan muatan kenderaan berat tersebut.
“Kesemua mangsa tersebut
disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak mengalami
kecederaan parah,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Siput di sini hari
ini.
Kesemua mayat telah
dibawa ke unit Forensik Hospital Siput untuk dibedah siasat.
Kesemua Jenazah mangsa
akan dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Jambu Panji, Kota Bharu,
Kelantan selepas menjalani selesai proses bedah siasat.
Kemalangan itu
d1percayai telah berlaku hanya beberapa
minit selepas kesemva mangsa telahselesai menikmati makan malam bersama di
restoran yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian tersebut
sumber : Polis Daerah Sg Siput
No comments:
Post a Comment