TERKINI, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan di
Jalan Kluang, Batu Pahat setelah ‘kantoi’ menyamar sebagai “Inspektor Ramdan”
gara-gara obses dengan seragam polis.
Terbaru, seorang individu
tampil mengaku sebagai abang kepada “Tuan Ramdan” dan mendakwa pelajar kolej
itu merupakan budak yang baik malah tidak pernah melakukan sebarang kesalahan
jenayah.
“Aku adalah abang kandung dia”
Perkara tersebut dimuat naik menerusi laman Facebook ‘Tuan Ramdan” malam tadi dan mendapat lebih 100 perkongsian serta sebanyak 315 reaksi netizen.
Kenyataan itu juga mendakwa
‘Tuan Ramdan” pernah diserahkan kepada keluarga angkat setelah neneknya tidak
mahu menerima zuriat daripada bapanya yang telah berkahwin dua.
Tengok muka pun orang baik2
BAGI DIA PELUANG JADI POLIS
Terdahulu, suspek ditahan
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan, 36(1) Akta Senjata
1960 dan 89 Akta Polis 1967.
Sumber: Harian Metro, Tuan Ramdan
No comments:
Post a Comment