Di atas dunia ini tidak semua insan yang dilahirkan dalam kehidupan serba mewah dan kaya raya. Ujian yang diterima dalam bentuk kesusahan hidup bukanlah penghalang untuk seseorang itu mengejar impian.
Kini,menerusi satu perkongsian daripada seorang guru sekolah mengenai semangat kuat seorang muridnya hadir ke sekolah dalam keadaan pakaian yang lusuh begitu menjadi inspirasi kepada yang lain.
Pada permulaanya, guru tersebut telah bertanyakan saiz kasut pelajar perempuan itu kerana dilihat seperti sudah tidak muat sehingga dibahagian depan kasut sekolah yang dipakai menggelembung.
Dengan itu, Cikgu Maisara telah mengambil ukuran saiz kaki pelajar tersebut untuk memberikan sumbangan kasut baharu kepadanya.
Cikgu Maisara juga sempat memuat naik gambar pelajar itu memakai kasut baru hasil sumbangan itu. Menerusi kapsyen guru itu juga dia sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati dan sanggup memberikan dana bagi dia menyalvrkan kepada seorang pelajar yang kurang berkemampuan ini.
NETIZEN TURUT SIMPATI
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah memuji perkongsian yang dibuat oleh guru wanita tersebut di ruangan komen. Mereka juga sempat menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar pelajar perempuan tersebut dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
Oleh itu,kita doakan adik ini dipermudahkan segala urusannya dan Berjaya di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment