INDONESIA,Sangat sedih
dan simpati terhadap 6 beradik ini.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Begitulah nasib yang menimpa 6 beradik di Balikpapan, Indonesia yang
menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia,
semalam.
Difahamkan, kedua ibu
dan bapa 6 kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir selang beberapa jam
pada hari yang sama.
Menurut sumber, ibu 6 beradik itu meninggal dunia akibat darah tinggi beberapa hari selepas
melahirkan adik bongsu mereka.
Ketika jenazah ibu
mereka sedang dimandikan, bapa mereka pula jatuh sakit dan kemudiannya disahkan
meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Enam beradik itu kini
dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang sudah uzur.
Sementara itu, gambar
mereka telah tular di media sosial sehingga meruntun hati netizen yang
rata-rata sebak dengan kejadian yang menimpa mereka.
Doakan semoga 6 beradik
ini dipermudhkan segala urusan dan semoga arwah ibu bapa mereka bersama
orang-orang yang beriman.
Sumber : CHEMPEDAK CHEESE
No comments:
Post a Comment