KEDAH,sangat mengerikan
dimana mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi
rumahnya, dipercayai mangsa bvnuh adik sendiri dalam kejadian di Kampung Padang
Hassan, Kepala Batas di sini, pada 7/3/2020.
Mayat bernama Mohd
Hasnul Nizar Khairul Anuar 34 tahun ditemui jam 7 pagi semalam susulan
penahanan suspek yang sedang tidur di rumah berkenaan.
SIMEN MAYAT DALAM TONG
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata siasatan awal
mendapati, svspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.
“Abang
mangsa kemudian menghubungi Polis untuk memaklumkan kejadian itu dan anggota
kami bergegas ke lokasi kejadian jam 7 pagi tadi sebelum menahan suspek yang
sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Sapii
berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada petang Jumaat
lalu.
Menurut - NSTP/Zuliaty
Zulkiffli
Mayat seorang lelaki
ditemui dalam tong air yang Disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh
adik sendiri.
Anggota polis
menjalankan siasatan penemuan mayat remaja lelaki disimen dalam tong air di
Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini.
Selain itu, polis turut
merampas pelbagai barangan termasvk sebilah pisau dan kereta sorong yang
dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut untuk membunuh.
“Mangsa
tidak bekerja manakala svspek bekerja sebagaI penjual ayam goreng.
“Berdasarkan
siasatan awal, motif kejadian disebabkan bajv yang diberi teman wanita svspek
sering dipakai si mati.
“Perkara
itu menyebabkan adiknya berang tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.
Sapii
berkata, kes disiasat mengikvt Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau berkata, mayat
mangs@ berserta tong berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Sumber : BH
No comments:
Post a Comment