PEP Guardiola berkata status legenda dimiliki Sergio
Aguero sekali lagi terserlah selepas menjadi pemain luar menjaringkan gol
terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris termasuk hatrik ketika membantu
Manchester City menumpaskan Aston Villa, 6-1, pagi ini.
Ia mungkin agak lewat untuk membolehkan City mempertahankan kejuaraan Liga
Perdana yang kini kekal 14 mata di belakang pasukan yang mendahului selesa di
puncak liga, Liverpool selain turut mempunyai kelebihan tidak bermain satu
perlawanan.
Namun diketuai Aguero pasukan juara itu melonjak mengatasi Leicester di
kedudukan kedua liga untuk menunjukkan mereka tidak berputus asa untuk
pemburuan gelaran berkenaan.
Aguero mengatasi rekod Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak bukan
pemain Inggeris dalam Liga Perdana dengan menambah jaringan peribadinya kepada
177 gol.
Bintang Argentina itu turut melepasi rekod hatrik dalam liga oleh Alan
Shearer dengan pencapaian ke 12 sejak menyertai City dari Atletico Madrid pada
2011.
“Dia adalah legenda dan legenda bangkit malam ini,” kata
Guardiola.
"Dia adalah antara salah seorang pemain hebat yang saya lihat dalam
liga ini. Untuk menjaringkan gol dalam jumlah yang sebegitu dan melakar hatrik
bermakna anda sudah melakukan banyak perkara, beberapa tahun yang mempunyai
perkara yang baik.
“Anda harus konsisten untuk beberapa tahun jadi ia pujian yang sangat
menakjubkan buatnya.”
Riyad Mahrez turut meledak dengan gol pembukaan pada minit ke 18 dan
disusuli gol kedua enam minit kemudian. Sebelum Aguero mula mencetak hatrik
menerus gol pada minit ke 28, 57 dan 81 sementara Gabriel Jesus turut menemui
jaringan sebelum waktu rehat.
Manakala gol saguhati Villa dijaringkan pada minit akhir perlawanan oleh
Anwar El Ghazi.
“Saya gembira dengan rekod itu. Ia adalah ungkapan terima kasih kepada
rakan sepasukan, mereka membantu saya sepanjang sembilan tahun ini,” kata
Aguero.
“Apabila saya menjaringkan gol kedua, saya memikirkan satu lagi gol dan
saya memecah rekod hatrik. Saya mahu terus menjaringkan lebih banyak gol.”
No comments:
Post a Comment