Pemain bola sepak belia Perak maut kemalangan - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Monday, January 20, 2020

Pemain bola sepak belia Perak maut kemalangan

PENYERANG pasukan bola sepak Belia Perak the Bos Gaurus maut dalam kemalangan di Jalan Chemor-Klebang berdekatan Pejabat Sub Renjer Hutan Chemor di Ipoh, semalam.
Kemalangan berlaku apabila Muhammad Izzat Shah Ibrahim, 18, y@ng menunggang motosikal Yamaha LC 135 terbabas sebelum dirempuh sebuah kenderaan di lokasi terbabit.
Muhammad Izzat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan menghilangkan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa ditemu1 terbaring di at@s jalan raya pada 11.55 malam dipercayai tercampak sejauh kira-kira 40 meter dari lokasi motosikalnya ditemui.
Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari 4rah Chemor menghala Klebang dipercayai terbabas sendiri sebelum dilanggar kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti kira-kira 11 malam.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercamp4k di atas jalan dan maut serta-merta di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.
“Susulan itu saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi hantaran di Facebook merakamkan ucapan takziah atas pemergian mangsa.
“Dengan penuh hiba, dimaklumkan Pasukan Bola Sepak Belia kita kehilangan bakat penyerang berharga akibat kemalangan jalan raya di Chemor, semalam.
“Jenazah akan dibawa pulang ke K4mpung Bendang Kering, Kuala Kangsar untuk pengebumian,” katanya.

SUMBER ;Hmetro

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds