Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Langkah Untuk Mencegahnya - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Wednesday, January 15, 2020

Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Langkah Untuk Mencegahnya

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.
Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Selasa lepas
Sakit sebab influenza? Jika YA, jadilah seorang pesakit yang cakna dan bertanggungjawab

3.2K



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
lebih kurang seminggu lalu
Influenza lazimnya dipanggil selesema adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Jadi, tidak hairan sekirannya individu berulang-ulang dijangkiti influenza.
Di Wuhan, China dilaporkan sedang mengalami wabak jangkitan salur pernafasan “misteri” dan kini dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Namun, kejadian jangkitan influenza di Malaysia adalah tidak sama dengan kejadian jangkitan yang dilaporkan di Wuhan.
Sememangnya, suntikan vaksin influenza pada setiap tahun adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit ini. Selain dari mendapatkan vaksin, amalkan cara pencegahan influenza seperti dibawah.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda di luar sana untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.
Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. Jagalah kesihatan anda dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini.
Sebelum ini, virus misteri telah menyerang di China dan telah mengejutkan orang ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut

sumber : kementerian kesihatan malaysia

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds