Pelawak Ali Puteh menerusi
sidang media iaitu pada petang tadi 21/2/2020 telah membuat permohonan maaf secara
terbuka kepada kakak iparnya, Siti Noorhidayah Mohd Ali.
Ali mengakui terlalu
mengikut perasaan disaat dirinya sedang celaru dan masih bersedih atas
pemergian abangnya,Abam.
Pada masa sama, Ali
turut memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan tohmahan yang berbaur fitnah
terhadap dirinya.
“Saya memohon maaf
kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status
tersebut di Instagram saya sebelum ini.
“Saya
tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked
Intagram saya”.
“Saya
memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya
supaya tidak bertindak melulu.
“Saya
terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tomahan yang dilemparkan
termasuk fitnah.
“Namun
saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya.
Ditanya mengenai
perancangan selanjutnya selepas ini, Ali memberitahu akan bertemu dengan kakak
iparnya dan menyelesaikan semua perkara tersebut.
“Saya
dan ibu akan pergi bertemu balu Abam dan selesaikan apa yang perlu diselesaikan
cuma ia akan berlangsung tanpa sebarang publisiti.
“Biarlah
kami selesaikan sesama keluarga,” Ujarnya Ali.
Ali selepas itu,kelihatan
di wajahnya sangat sayu
.
Ali memberitahu di siding
media sedia berundur dari dunia seni bermula hari ini dan memberi fokus
terhadap ibunya yang uzur.
“Saya
sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan
lagi.
“Andai
rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya
berserah kepada Allah SWT.
“Saya
akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama
arwh Abam…Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” katanya sambil menyeka
air mata.
Apapun kita doakan Ali
dipermudahkan segala urusnya dalam menyelesaikan isu ini.
Sumber : Gempak , MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment