Telah berlangsungnya
pementasan Kesuma Jiwa pada 20/2/2020 ,8.30 pm di Istana Budaya oleh pereka
fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Dalam pementasan tersebut, beberapa
artis tersohor tanah air turut terlibat dalam menjayakan pementasan fesyen itu.
Namun, sebelum
pementasan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Datvk Rizalman telah membuat satu
pengumuman yang nyata mengejutkan banyak pihak yang hadir.
Dia yang ingin bersara
daripada dunia rekaan fesyen untuk selamanya dilihat tidak dapat menahan sebak
ketika menyatakan hasrat itu kerana bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan
tersebut keraana dia merupakan pengaruh besar dalam dunia fesyen.
Memetik daripada Astro Awani, Rizalman akan menyerahkan empayar jenama Rizalman itu kepada pembantunya yang setia mendampinginya selama 15 tahun, Faizul Surani.
Menurut Rizalman lagi,
tindakan yang diambil adalah disebabkan rasa bimbang tidak bersedia untuk
mengadap Yang Maha Esa apabila tiba masanya kelak. Dia mahu memperbanyakkan
amalan selagi kudrat masih mampu bagi persediaan menghadapi kematian.
Tambahnya, pemergian
beberapa sahabat dalam industri seni mebuatkan hatinya dijentik keinsafan
sehingga berfikIr bahawa pada bila-bila masa sahaja Allah akan menyentap
nyawanya.
“Kematian
beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah b0leh saja
mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.
“Saya
takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan
bersedia.”Ujarnya.
Selepas dari kenyataan
tersebut, ruangan Instagramnya telah dihujani dengan pelbagai komen daripada
warganet yang rata-rata berasa terkejut dengan keputVsan ikon fesyen Negara tersebut
serta memberI kata-kata semangat kepadanya.
Sumber ; Rizalman
No comments:
Post a Comment