Fatimah Mohamed, 33,
masih tidak dapat menahan air matanya selepas melihat anaknya, Siti Nur Aini
Zulimi, berusia 10 bulan meninggal dunia dengan kesan terbakar sehingga rentung
di dalam buaiannya dalam kejadian yang berlakv di rumahnya di Kampung
Bangkahulu, Gemas, Tampin.
Menurut Fatimah, dia
sebelum itu bersama dengan anak lelakinya berusia dua tahun keluar pada jam 11
pagi Rabu kerana mempunyai urusan di Pejabat Pos Gemas.
Sebelum kelvar, Ibu
kepada mangsa, sempat berpesan kepada kepada jirannya, Noor Azila Halim, 28,
untuk menjenguk anaknya yang sedang tidur di dalam buaian elektrik di ruang
tamu rumah.
Hampir setengah jam,
Fatim@h dan anaknya pulang dan ternampak asap tebal menyelubungi ruang tamu rumahnya
dan terus memikirkan nasIb anaknya dan berharap Siti Nur Aini selamat.
"Saya
segera menghubungi bomba, manakala jiran dan penduduk setempat turut membantu
memadamkan kebakaran di ruang tamu," katanya
Namun itu, hancur luluh
hatinya apabila menemui mayat Siti Nur Aini yang masih berada dalam buaian d3ngan
kedua-dua tangannya ke atas seperti meminta dIselamatkan.
"Saya tidak dapat menahan air mata sebaik
melihat bayi meninggal dunia dengan kesan terbakar di dalam buaian.
"Kesan kebakaran di ruang tamu itu turut
merosakkan sofa, almari dan televisyen selain pakaian persekolahan anak lain di
bilik tidur utama kesan bahang api," katanya yang juga tidak
menyalahkan sesiapa dan reda menerima ketentuan Ilahi.
Difahamkan, Siti Nur
Aini merupakan anak bongsu daripada enam beradik, empat lelaki dan dua
perempuan berusia antara 10 bulan hingga 12 tahun.
Sementara itu, Noor
Azila mengakui Fatimah ada berpesan kepadanya tetapi tidak dimaklvmkan Bila dia
mahu keluar dari rvmah.
"Saya
tidak perasan dan menyangka Fatimah masih berada di rumah kerana tidak
menyedari bunyi enjin motosikal yang digunakannya untuk pergi ke bandar
Gemas.
"Sudah menjadi kebiasaan saya akan menjaga
anaknya jika Fatimah ada urusan," katanya.
Oleh itu,kejadian ini
harap dapat memberi pengajaran kepada ibu-ibu di luar sana supaya sentiasa
prihatin dan cakna.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment