SARAWAK : TINDAKAN SEORANG LELAKI WARGANEGARA INDONESIA MEMBAKAR KERETA - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Thursday, February 20, 2020

SARAWAK : TINDAKAN SEORANG LELAKI WARGANEGARA INDONESIA MEMBAKAR KERETA

SARAWAK : TINDAKAN SEORANG LELAKI WARGANEGARA INDONESIA MEMBAKAR KERETA


TINDAKAN SEORANG LELAKI WARGANEGARA INDONESIA MEMBAKAR KERETA

SARAWAK,Sarikei: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak membakar kereta dinaiki di Kilometer 20, Jalan Sarikei-Sibu, berhampiran Jambatan Nyelong No 2, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 9.20 pagi ketika pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang juga senegara dalam perjalanan menghantar lelaki tersebut pulang ke Indonesia.

"Tiba di lokasi tersebut, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengambil mancis lalu bertindak membakar kenderaan terbabit.

"Lelaki terbabit sudah ditahan oleh polis dan akan dirujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya dan kes masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, lelaki dari Sambas, Indonesia yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Sibu, diberhentikan kerja kerana mempunyai masalah mental.





"Kenderaan yang dibakar oleh lelaki tersebvt mempunyai nombor pendaftaran dari Indonesia dan hingga kini pihak polis sedang menunggu pihak keluarga lelaki terbabit untvk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sejurus menerima laporan daripada orang awam, seramai 11 orang anggota bomba dikerahkan ke lokasi terbabit.

Katanya, ketika pasvkan bomba tiba di lokasi tersebut, api didapati marak membakar di bahagian dalam kereta terbabit.

"Usaha memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh 25 minit," kata Mahmudin.


Dalam pada itu,kereta tersebut mvsnah sepenvhnya dalam kejadian berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.




No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds