"BUKAN LARI DARI MAHKAMAH"ROSMAH DIKERJAR KE HOSPITAL AKIBAT ALAMI KESAKITAN YANG SERIUS - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Tuesday, February 4, 2020

"BUKAN LARI DARI MAHKAMAH"ROSMAH DIKERJAR KE HOSPITAL AKIBAT ALAMI KESAKITAN YANG SERIUS


Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke sebuah hOspital swasta di sini lewat malam tadi untuk menerima rawatan susulan selepas mengalami sakit belakang dan tengkuk yang serivs.

Kesakitan tersebut menyebabkan beliau tidak boleh duduk lama.

Rosmah yang ditemani Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital jam 10.30 malam tadi, menurut laporan dari portal Malaya Post.

Sumber yang sahih lagi dengan bekas Perdana Menteri turut mengesahkan perkara itu.

Katanya, Rosmah yang telah menerima rawatan di hospital tersebut sebelum ini akan menjalani rawatan lanjut pagi tadi.

Semalam, perbicaraan rasuah membabitkan Rosmah di Mahkamah Tinggi ditangguhkan kerana beliau mendapat cuti sakit daripada hospital susulan kesakitan yang dialaminya
Peguamnya, Datuk Jagjit Singh memaklumkan kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Rosmah tidak sihat dan doktor tElah mengeluarkan sijil perakuan sakit pada 2/2/2020.


Peguam itu turut mengemukakan laporan perubatan Rosmah kepada mahkamah yang mengatakan beliau dirawat di sebuah hospital swasta, kelmarin sebagai bukti.

Rosmah ketika ini berdepan sebanyak tiga pertuduhan rasuah mencecah ratusan Juta ringgit melibatkan projek solar Hibrid untuk membekalkan kuasa elektrik kepada 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Beliau didakwa bersubahat untuk menerima rasuah berjumlaH RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Sumber : Malaysia Gazette

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds