"SAH SAJAT SEORANG LELAKI"Mufti Wilayah Perseketuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Wednesday, February 5, 2020

"SAH SAJAT SEORANG LELAKI"Mufti Wilayah Perseketuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Photo: Malay mail


Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat didapati dilahirkan dan didaftarkan sebagai lelaki.

Maklumat tersebut diperolehi hasil pertemuan diantara Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelmarin.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, “Berdasarkan Maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dan disini telah disahkan bahawa sajat adalah betul-betul lelaki dan bukan perempuan yang mana diberitahu olehnya

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran dia juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, Semalam.

Zulkifli berkata, maklumat terkini, tidak ada dokumen rasmi peruubatan yang dikemukakan oleh Nur Sajat bagi membuktikan beliau adalah seorang wanita .



“Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1, pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah,” Katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PMWP tidak pernah terbabit dalam pengesahan identiti Nur Sajat yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2018.

Katanya, pengesahan jantina membabitkan pakar peruubatan dan ia berada di bawah urusan Jakim.

“Hanya atas dasar amanah dan tanggungjawab maka, PMWP mengambil inisiatif bertemu JPN semalam (kelmarin) bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial,” Katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, Agensi pengelola umrah yang menguruskan ibadah umrah ahli perniagaan itu wajib bertanggungjawab ke atas isu yang berlaku.

Beliau berkata, pihak berkenaan sepatutnya memelihara dan membimbing jemaah supaya mengikut hukum syarak serta undang-undang setempat.

“Mereka juga perlu sentiasa memberi panduan serta peringatan kepada jemaah agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.

“(Jadi dalam isu ini) agensi wajib bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, perbuatan mengenakan pakaian bukan mengikut jantina asal tetap haram dan dikira berdosa, walaupun mematuhi rukun umrah.

Malah, katanya, usahawan itu boleh dikenakan dam kerana melangg4r wajib umrah dan mas4lah itu disebut oleh Fuqaha sebagai Infikak al-jihah (hukum yang terpEcah kepada beberapa bahagian).

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433H menerusi kertas kerja bertajuk Khunsa dan Mukhannas Dalam Permasalahan ibadat Haji juga menyimpulkan bahawa bagi mukhannas (transgender) semula jadi atau yang disengajakan Supaya mengikut hukum Asal kejadian dirinya.


SUMBER : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds