Photo: cts production
Pada
majlis itu, Emma menerima mas kahwin RM2,000 berserta senaskhah Al-Quran
berserta lima dvlang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran
dirahsiakan, manakala pihak perempuan menyerahkan tujuh dvlang.
Pelakon
Cemburu Seorang Perempuan terbab1t mengakui sangat bersyukur akhirnya impian
mendirikan rumah tangga berjalan lancar.
“Pada Oktober
tahun lalu, keluarga Shazli datang mer1sik dan selepas dua bulan mengenali diri
masing-masing, kami sepakat untuk berkahwin. Semuanya bagai tersusun cantik.
“Saya sukakan
dia kerana dia sangat matang dan mementingkan kelvarga. Dia juga enggan
membuang masa dalam hubungan ini dan demikian juga saya.
“Saya percaya
ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang
sah meskipun dalam per kenalan yang singkat. Insyallah fasa baru ini akan terus
mematangkan saya dan Shazli,” katanya.
Dalam
pada itu, Shazli jvga menyIfatkan Emma menepati ciri wanita idamannya
disebabkan perwatakannya yang begitu tegas tapi baik.
“Apabila membuat
keputusan, dia seorang yang tegas. Dia sentiasa utamakan keluarga dan tahu apa
yang diinginkan dalam hidup.
“Dia juga
memiliki hati yang sangat baik dan disenangi ramai kawan,” katanya.
Pasangan
itu dijadualkan bakal mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 7 Mac depan
manakala majlis berinai akan diadakan sehari sebelum.
Terdahulu,
Emma dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya
dikenali sebagai Mr S yang bekerja sebagai juruterbang dan bukannya daripada
kerabat diraja.Itu semua hanyalah gossip semata-mata.
Difahamkan,
majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan
rakan terdekat kedua belah keluarga saja.
Di
samping itu,Emma juga turut menjemput bekas kekasihnya iaitu Zizan Razak ke
majlis perkahwinannya.
Emma
dan bakal suami menjalin hubungan cinta dalam tempoh singkat sebelum mengambil
keputusan untuk berkahwin.
Doakan hubunga mereka berkekalan sampai ke akhir hayat.
Sumber
: Harian Metro, Cts production
No comments:
Post a Comment