Photo : Hmetro
Rakyat Malaysia perlu
lebih berhati-hati melalui laporan mStar online, lelaki berusia 41 tahun yang
disahkan warga Malaysia pertama positif koronavirus, dimaklumkan didakwa telah
bertemu dengan 100 orang individu.
Melalui sumber, lelaki
itu baru Sahaja pulang dari Singapura selepas menghadiri mesyvarat yang turut
disertai oleh beberapa orang delegasi daripada China, antaranya yang datang
dari Wuhan.
Lelaki tersebut bersama
isterinya sudah mula menunjukkan gejala dijangkiti koronavirus, selepas pulang
dari Singapura. Bagaimanapun, dia kemudian telah pergi ke Sungai Petani dan
Kelantan untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Sebelum disahkan
positif koronavirus dari KKM, lelaki terbabit ada menghadiri s@tu majlis
perjumpaan bersama rakan-rakannya di Sungai Petani, setelah pulang dari
Kelantan.
Selepas membuat
pemeriksaan kesihatan di Hospital Sungai Buloh, lelaki itu disahkan Positif
koronavirus pada 2 Februari lalu. Dia Didakwa mungkin telah mempunyai kenalan
tidak kurang 100 orang, sepanjang perjalanan selepas pulang dari Singapura.
Oleh itu,rakyat Malaysia
haruslah berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan diri masing-masing.
sumber : mStar Online
No comments:
Post a Comment