9 Tahun Berkahwin Belum Lagi Dapat Zuriat,Isteri Irwansyah Kecewa Bandingkan Dengan Wanita Lain - BERITA SENSASI

BERITA SENSASI

MEDIA BERITA HIBURAN/VIRAL/ARTIST/POLITIK

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Thursday, February 6, 2020

9 Tahun Berkahwin Belum Lagi Dapat Zuriat,Isteri Irwansyah Kecewa Bandingkan Dengan Wanita Lain


Untuk pasangan suami isteri, zuriat adalah Anugerah terindah yang diberikan Allah SWT sebagai penyeri kehidupan dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

Mungkin berasa sedikit terguris sekiranya orang sekeling terus bertanya mengenai kehadiran orang baru dalam rumah tangga setelah lama berkahwin namun masih belum lagi dikurniakan cahaya mata.


















Itulah yang dihadapi sekarang ini oleh pelakon Indonesia, Irwansyah bersama isterinya Zaskia Sungkar yang sudah lali mengenai soal zuriat selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Melalui temubual bersama selebriti Raffi Ahmad, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui dirinya terguris hati apabila diajukan soalan sebegitu daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan para peminat sendiri.

















“Kalau ditanya kenapa belum punyai anak, Dalam hati rasa ingin marah sahaja orang tu. Tanya terus kepada Allah, kenapa tanya saya,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Heart itu masih boleh lagi bersabar untuk menjawab pertanyaan tersebut sekaligus dapat melatih dirinya menjadi lebih sabar.



Bagi Zaskia pula, dia selalu dibandingkan dengan adik perempuannya Shireen Sungkar yang kini telah memiliki tiga cahaya mata.

“Kalau belum kahwin, ditanya pula bila mahu bernikah? Ada yang kata macam mana adik boleh dapat anak dulu. Kita juga manusia biasa, kenapa perlu dibandingkan,” kata Zaskia.

Pasangan tersebut juga mengakui pernah mengelak untuk hadir ke majlis keluarga kerana tidak mahu berhadapan dengan soalan mengenai zuriat dan itu akan menambahkan lagi kesakitan hatinya berkaiatan soalan itu.


TONTON VIDEO FULL DISINI :


Sumber : Youtube


No comments:

Post a Comment

BERITA TERBARU

Popular Posts

PropellerAds