Sungguh hangat diperkatakan
mengenai usahawan Kosmetik Nur Sajat yang
berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah yang
mengundang kecaman hebat dari netizen dan golongan artis Malaysia.
Bagaimanapun, Sajat
sebenarnya sudah menjangkakan cara pemakaiannya itu akan dikecam oleh orang
ramai. Menerusi video temu bual bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di
YouTube, Sajat berkata pemakaiannya
itu adalah urusan antara dia dan Allah dan bukan mendatangkan masalah pada
orang lain
'Islam itu mudah, tidak
kejam dan setiap apa yang dicipta ada alasan.Saya pergi sana dalam keadaan tak
fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan padaNya.
'Bagi saya itu antara
saya dengan Allah yang penting Nawaitu ( niat ) yang betul, benda ini sebab kalau tanya
semua orang nak pergi ke sana.
'Saya dekat sana memang
dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan rsang pencipta, nawaitu saya nak tunaikan umrah
dengan ibu bapa dan anak-anak,” katanya.
Difahamkan, rakaman
video itu dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Svci, Mekah pada 28
Januari lalu.
Isu Sajat bertelekung
di Mekah itu bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat, malah mufti-mufti
serta pihak kerajaan yang menyifatkan tindakannya itu telah memberi imej
bvruk kepada agama dan negara, serta boleh menjejaskan hubungan baik
antara Malaysia dengan Arab Saudi.
KITA DOAKAN SUPAYA SAJAT KEMBALI KE PANGKAL
JALAN DAN DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T
Sumber : mStrar
No comments:
Post a Comment